fbpx

[KEMASKINI] Myvi rempuh treler – Empat termasuk dua beradik maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta jenis Perodua Myvi yang remuk teruk selepas bertembung sebuah treler di Jalan Bentong-Raub berhampiran Taman Desa Damai di Bentong hari ini.

BENTONG – Empat termasuk dua beradik maut selepas kereta jenis Perodua Myvi dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler membawa muatan kereta di Kilometer 5 Jalan Bentong-Raub di sini hari ini.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah pemandu kereta, Marlianna Abdul Muid,37, dan adiknya Marlia Abdul Muid,36.

Dua lagi penumpang yang maut ialah Muhammad Faizz Aryan Mohd. Faizuddin,9, yang merupakan anak kepada Marlia serta seorang lagi kanak-kanak berumur tujuh tahun, Muhammad Aisy Harraz Aziz yang merupakan anak saudara kepada kedua-dua wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, semasa kejadian keempat-empat mangsa dalam perjalana dari Kota Bharu menuju ke Banting, Selangor.

“Apabila sampai ditempat kejadian kereta dinaiki mangsa dipercayai masuk ke lorong bertentangan untuk memotong sebuah kenderaan sebelum bertembung dengan sebuah lori treler.

“Akibat kemalangan dua mangsa wanita dewasa meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi mangsa kanak-kanak meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Bentong,”katanya di sini, hari ini.

Menurutnya mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI