fbpx

Tiada majlis buka puasa dan iktikaf di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Semua juadah berbuka dan sahur akan diedarkan oleh petugas jabatan urusan presidensi masjid. - Saudi Gazette

RIYADH –  Ketua Hal Ehwal Dua Masjid Paling Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, mengumumkan pengekalan penangguhan majlis berbuka puasa dan beriktikaf di Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Beliau berkata, pihak pengurusan dua masjid berkenaan akan menyediakan juadah berbuka puasa secara pek buat jemaah  yang mengunjungi Masjidil Haram manakala perbuatan mengagihkan hidangan sahur  di Masjid Nabawi dan lamannya adalah dilarang.

Abdul Rahman memaklumkan hal ini pada sidang media tahunan yang diadakan secara maya l bagi menyampaikan perancangan sepanjang bulan puasa pada April ini.

Fokus utama program Ramadan tahun ini adalah mengekang penularan Covid-19 dengan memastikan jemaah mematuhi semua prosedur operasi standard yang ditetapkan.

“Perkara paling penting adalah memastikan jemaah mengambil suntikan vaksin, menjaga jarak fizikal dan memakai pelitup muka” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI