fbpx

Tayangan drama Joseon Exorcist dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DRAMA Joseon Exorcist dibatalkan selepas hanya dua episod sempat ditayangkan kepada penonton.

CUMA sempat ditayangkan selama dua episod, drama Joseon Exorcist terbitan SBS terpaksa dibatalkan gara-gara kontroversi fakta sejarah dan budaya yang diputar belit.

Timbul kekecohan dalam kalangan penonton yang mengikuti dua episod berkenaan apabila mereka mendakwa drama tersebut menggunakan prop negara China sekali gus memutarbelitkan sejarah dan budaya Korea Selatan.

“Kami sudah memgambil keputusan untuk membatalkan kontrak penyiaran drama Joseon Exorcist selepas menyedari timbul banyak kontroversi.

“Meskipun kos penyiaran sudah dibayar sepenuhnya dan penggambaran juga telah siap sebanyak 80 peratus, tetapi kami tetap dengan keputusan untuk membatalkan drama tersebut,” ujar wakil SBS dalam satu kenyataan.

Sebelum drama berkenaan mula ditayangkan, kontroversi sudah mula tercetus apabila dua orang pelakonnya iaitu Lee Yu-bi dan Jang Dong-yoon mengalami kecederaan teruk ketika menjalani penggambaran.

Selepas ditayangkan, drama berkenaan kemudian mengundang kecaman ramai penonton apabila menggunakan prop negara China seperti kuih bulan.

Pada awalnya, SBS bertindak menyunting bahagian mengandungi babak kontroversi tetapi terpaksa akur dengan desakan ramai apabila terdapat lebih 180,000 orang menandatangani petisyen supaya drama tersebut digugurkan daripada slot tayangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI