fbpx

Pemandu lori rempuh motosikal kena cekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditangkap pukul 9.35 malam hari yang sama video tular oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Seremban di rumahnya di Rantau, Negeri Sembilan.

SEREMBAN – Polis berjaya menangkap seorang pemandu lori yang pemanduannya mengakibatkan seorang penunggang motosikal mengalami kemalangan dan kejadian menjadi tular sejak 27 Mac lalu di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, kira-kira pukul 8.45 pagi rakaman video berkaitan kemalangan jalan raya berkenaan di Jalan Seremban-Kuala Pilah, berhampiran stesen minyak Shell Ampangan, Seremban melibatkan sebuah lori dengan sebuah motosikal telah tular.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu lori berusia 42 tahun berkenaan telah mengubah haluan dari lorong kanan ke lorong kiri lalu terlanggar sisi kanan penunggang motosikal tersebut.

“Akibat pelanggaran, penunggang motosikal itu telah jatuh di atas jalanraya dan mengalami kencederaan ringan iaitu luka di bahagian kaki dan tangan.

“Kira-kira pukul 9.35 malam hari yang sama video tular, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Seremban telah pergi ke rumah pemandu lori di Rantau dan menahan suspek bersama lori yang terlibat dalam kemalangan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Said berkata, suspek dibawa ke Balai Trafik Seremban untuk tindakan selanjutnya dan hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Sabtu lalu tular di media sosial video berdurasi 29 saat memaparkan rakaman kamera papan pemuka (dashcam)  seorang pengguna jalan raya memaparkan kejadian kemalangan membabitkan sebuah lori dan motosikal.

Pemandu lori itu bagaimanapun meneruskan perjalanan walaupun penunggang motosikal berkenaan terjatuh di jalan raya dan pengguna jalan raya membunyikan hon berulang kali.-K!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI