fbpx

New Zealand lulus RUU cuti berbayar wanita keguguran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
New Zealand bakal jadi negara pertama dunia lulus RUU cuti berbayar untuk wanita yang keguguran kandungan. - iStock

WELLINGTON – New Zealand bakal menjadi satu-satunya negara di dunia yang menawarkan cuti berbayar untuk pekerja wanita yang mengalami keguguran kandungan selepas parlimen meluluskan usul tersebut, baru-baru ini.

Pekerja di New Zealand bakal diberi hak cuti tiga hari berbayar selepas mengalami keguguran di bawah undang-undang yang akan mendapat persetujuan kerajaan setelah berjaya melepasi peringkat terakhir parlimen.

Ahli Parlimen Parti Buruh, Ginny Andersen, yang memperkenalkan rang undang-undang itu (RUU) mengatakan bahawa ia akan menjadikan New Zealand negara kedua yang memberikan manfaat sedemikian kepada rakyatnya.

Selain New Zealand, India turut membenarkan wanita bercuti enam minggu jika mengalami keguguran.

“Saya berharap bahawa walaupun kita menjadi yang pertama, kita tidak akan menjadi yang terakhir dan negara lain juga akan memulakan undang-undang bagi sistem cuti belas ihsan dan adil.

“Semoga tindakan ini akan membuatkan negara lain menyedari keperitan dan kesedihan yang timbul akibat keguguran dan kematian bayi dalam kandungan”, katanya di parlimen semasa pembacaan terakhir RUU. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI