fbpx

Nenek tiri Obama meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NENEK tiri Obama (baju ungu) ketika mengerjakan ibadah umrah di kota suci Mekah pada 2015. - ALARABIYA

NAIROBI  – Nenek tiri kepada bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menghembuskan nafas terakhir pada usia 99 tahun hari ini.

Sarah Obama terkenal dengan panggilan Mama Sarah dihantar untuk menerima rawatan di Hospital Pengajaran dan Rujukan Jaramogi Oginga Odinga di bandar Kisumu yang terletak di barat Kenya sebelum disahkan meninggal dunia.

“Memang benar dia telah pergi bertemu Tuhan. Dia meninggal dunia pagi ini,” kata anak perempuannya, Marsat Onyango.

Beliau semasa hayatnya hanya wanita desa sederhana dan dikenali dengan juadah bubur panas dan donat yang sering dihidangkan di sekolah tempatan.

Namun, namanya menjadi masyhur pada peringkat dunia selepas Obama terpilih sebagai Presiden AS pada 2008.

Beliau muncul sebagai selebriti selepas kunjungan Obama ke Kenya pada 2006 selain rumah ladangnya menjadi tarikan pelancong sejurus kemenangan Obama pada November 2008.

Sarah ialah isteri ketiga Hussein Onyango Obama, datuk kepada Obama yang merupakan seorang ahli herba dan pernah berjuang melawan British di Myanmar.

Walaupun tiada pertalian darah, Obama sering menyebut Sarah sebagai neneknya dan ada mengunjungi rumah wanita itu di Kampung Kogelo selepas tidak lagi menjadi Presiden AS pada 2018. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI