fbpx

Negara catat kes bawah 1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sekian lama menanti, kes baharu Covid-19 hari ini kembali mencatatkan angka bawah 1,000 dengan 941 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 342,885 kes.

Angka tersebut adalah terendah dicatatkan untuk tahun 2021 setakat ini manakala, kali terakhir kes harian di bawah angka 1,000 dilaporkan adalah pada 9 Disember lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata,  daripada jumlah tersebut, Selangor melaporkan sebanyak 219 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 192 kes, Johor sebanyak 171 kes dan Pulau Pinang sebanyak 164 kes.

“Seterusnya, Kuala Lumpur mencatatkan sebanyak 57 kes, Kelantan (49 kes), Sabah (34 kes), Negeri Sembilan (18 kes) dan Kedah (13 kes).

“Negeri lain ialah Melaka (lapan kes), Perak dan Pahang (masing-masing lima kes), Terengganu (empat kes) serta Putrajaya dan Labuan (masing-masing satu kes),” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini.

Ujarnya, negeri Perlis pula kekal tidak mencatatkan kes baharu Covid-19 hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI