fbpx

Neelofa dijangka hadir beri keterangan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gambar perkahwinan Neelofa yang tular di media sosial sehingga mendapat kecaman ramai sebelum ini.

PETALING JAYA – Polis mengesahkan selebriti popular, Neelofa akan dipanggil memberi keterangan esok berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada majlis pernikahannya, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, selain Neelofa, keluarganya turut dipanggil untuk hadir memberikan keterangan.

“Sepatutnya penganjur acara itu hadir memberi keterangan pada hari ini, bagaimanapun ia ditangguhkan esok bersama Neelofa dan keluarganya.

“Kita sudah mengambil keterangan beberapa saksi setakat ini, namun kita perlu memanggil beberapa lagi individu bagi melengkapkan siasatan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, tular satu gambar di media sosial mendakwa majlis perkahwinan selebriti itu tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sehingga mendapat kecaman ramai.

Pada majlis itu, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, di hotel terkemuka di sini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI