fbpx

Lapan individu Himpunan Tuntut Undi 18 akan dipanggil esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Himpunan Tuntut Undi 18 yang disertai mahasiswa dan NGO di hadapan bangunan Parlimen, Sabtu lalu.

PETALING JAYA – Polis hari ini mengesahkan akan memanggil lapan individu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen yang terlibat Himpunan Tuntut Undi 18 di hadapan bangunan Parlimen, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesemua mereka akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi esok untuk diambil keterangan.

“Ya, mereka akan dipanggil esok. Kita panggil lapan orang dahulu, ada ADUN dan Ahli Parlimen.

“Kita akan panggil individu lain yang terbabit perhimpunan itu secara berperingkat, dari semasa ke semasa,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelasnya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu mengadakan perhimpunan tanpa notis; dan Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No.4) 2021.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kira-kira 200 peserta yang terdiri daripada golongan mahasiswa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan Himpunan Tuntut Undi 18 di hadapan bangunan Parlimen.

Himpunan secara aman itu diadakan bagi meluahkan rasa kesal terhadap pengumuman SPR bahawa kelayakan mengundi 18 tahun (Undi 18) dan pendaftaran pemilih secara automatik tidak dapat dilaksanakan Julai ini, sebaliknya dijangka selepas 1 September tahun depan.

Dalam perhimpunan berkenaan sekumpulan pemuda dari Pakatan Harapan dan NGO hadir di Padang Merbok dan berarak menuju ke Jalan Parlimen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI