fbpx

Langkah Turki semakin tersusun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUFAN (tengah) berjaya meledak dua gol ketika Turki menjadikan Norway mangsa kedua dengan meraih kemenangan 3-0 awal pagi semalam. – AFP

MALAGA, Sepanyol – Turki mengekalkan rentak cemerlang pada awal saingan kelayakan Piala Dunia 2022 dengan merekodkan kemenangan kedua berturut-turut untuk mengungguli carta Kumpulan G dalam dua aksi setakat ini.

Terbaharu, Turki membuktikan kualiti tersendiri dengan merekodkan kemenangan selesa 3-0 ke atas Norway dalam aksi yang berlangsung di gelanggang berkecuali, Stadium La Rosaleda di Sepanyol awal pagi semalam.

Pengurus Turki, Senol Gunes berbangga dengan sikap ditunjukkan barisan pemainnya yang berdisiplin tinggi dan bersabar menanti Norway melakukan kesilapan sebelum menghukum lawan tersebut.

“Kami sedar kemampuan Norway yang mempunyai bintang hebat antaranya Erling Braut Haaland dan Martin Odegaard. Namun, percaturan kami menjadi selepas berjaya mengambil kesempatan terhadap kelemahan mereka

“Kami bermain menentang antara pasukan yang hebat se­perti Norway dan kami berjaya menewaskan mereka. Sudah tentu kami gembira kerana kami bermain dengan sempurna hari ini (awal pagi semalam),” katanya.

Tiga gol skuad The Crescent-Stars itu diperoleh menerusi dua jaringan pemain tengah Fenerbahce, Ozan Tufan dan satu daripada bek tengah Leicester City, Caglar Soyuncu.

Ia adalah kemenangan kedua Turki yang terdahulu mencipta kejutan dengan menumbangkan salah satu gergasi Eropah, Belanda 4-2 sewaktu aksi pertama Kumpulan G, Khamis lalu.

Turki dijangka mampu meneruskan kecemerlangan itu dengan merakam kemenangan ketiga apabila dijadualkan bertemu lawan lemah, Latvia pada aksi seterusnya di Istanbul awal pagi Rabu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI