BINTANG terkenal Lady Gaga meluahkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga dan memiliki anak dalam masa terdekat.
Menurut salah seorang sumber terdekat, Gaga ada memberitahu rakan-rakannya bahawa dia ingin menyiapkan beberapa projek terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.
Gaga menyifatkan Michael Polansky sebagai jejaka yang dicari-carinya selama ini dan ingin membina keluarga secepat mungkin dengan teman lelakinya itu,” kata sumber rapat penyanyi itu.
Dalam beberapa temu bual sebelum ini, pelantun lagu Bad Romance itu turut mendedahkan kepada media bahawa dia juga ingin memiliki cahaya mata secepat mungkin.
“Saya teringin mempunyai anak sendiri dan tidak sabar untuk bergelar seorang ibu.
“Menjadi ibu adalah satu proses cukup indah apabila ada nyawa yang sedang dikandung dalam badan kita. Apatah lagi dapat melihat kandungan itu membesar,” katanya.