fbpx

Gelembung perjalanan: Melaka rangka pakej rakyat bercuti di pulau Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Jailani Khamis (tengah) memperkenalkan Pakej Pelancongan Garam Dilaut, Asam Di darat Melaka-Terengganu bagi menarik lebih ramai pelancong dari kedua-dua negeri pada sidang akhbar di Kota Cemerlang, Ayer Keroh," Melaka.

MELAKA – Rakyat negeri ini bakal menikmati pakej pelancongan istimewa ke Terengganu yang sedang diusahakan kerajaan melalui kerjasama dua hala di bawah program Pekej Pelancongan Garam Di Laut, Asam Di Darat Melaka-Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, wakil daripada Bahagian Promosi Pelancongan Melaka telah bertolak ke Terengganu pada hari ini bagi mengadakan lawatan kerja dan perbincangan bersama kerajaan negeri itu.

Katanya, setakat ini Melaka menyasarkan untuk mengadakan pakej ke pulau-pulau menarik di negeri itu termasuk Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Pulau Redang.

“Bagi mengeratkan hubungan kerjasama di antara Melaka dan Terengganu, kita akan memperkenalkan Pakej Pelancongan Garam Dilaut, Asam Di darat Melaka-Terengganu bagi menarik lebih ramai pelancong dari kedua-dua negeri ini.

“Bagaimanapun lokasi dan aktiviti-aktiviti yang disediakan dalam pakej itu masih lagi dalam peringkat perbincangan kedua-dua pihak dan dijangka diputuskan pada Khamis ini, InsyaAllah. Namun, kita fokus untuk menyediakan pekej di pantai-pantai menarik di sana,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Kota Cemerlang, Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, usaha dua hala itu juga merupakan kolaborasi yang baik memandangkan Melaka dan Terengganu juga mempunyai khazanah hidupan laut yang sama iaitu penyu karah di Melaka, manakala negeri pantai Timur itu terkenal dengan penyu Belimbing.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI