fbpx

Baby Shima dikecam persenda OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TINDAKAN Baby Shima yang meniru aksi seorang lelaki OKU hebat dikecam netizen.

PETALING JAYA – Penyanyi Baby Shima menimbulkan kemarahan netizen selepas bertindak meniru aksi dan seolah-olah mengejek golongan orang kelainan upaya (OKU).

Menerusi video berdurasi 18 saat yang dimuat naik dalam akaun TikTok, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 29, seakan-akan mempersenda kekurangan seorang lelaki OKU yang kudung tangan ketika muncul dalam sebuah temu ramah program televisyen.

Penyanyi lagi Pura-Pura Bujang itu dilihat membuat parodi dengan meniru semula aksi lelaki istimewa berkenaan yang menggunakan kakinya sebagai bahasa tubuh.

Baby Shima.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan dan cara melawak yang dilakukannya selain disifatkan sebagai tidak sensitif.

“Allah dah bagi akal, silalah pakai ya Baby Shima. Jangan jadi bangang sangat mempersendakan orang yang kelainan upaya macam ini.

“Biadab dan bodoh. Sikit pun tak lawak tahu tak. Si sendu yang inginkan publisiti murahan,” tulis netizen.

Usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan sendiri komen dan penjelasan daripada Baby Shima masih belum berhasil kerana tiada respons. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI