fbpx

14 rumah dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Banjir kilat yang berlaku di Kampung Jawa dan Taman Kota Mas, Kota Tinggi, Johor susulan hujan lebat selama dua jam sejak tengah hari tadi.

KOTA TINGGI – Sebanyak 14 buah rumah di Kampung Jawa dan Taman Kota Mas di sini dilanda banjir kilat selepas hujan lebat selama dua jam dalam kejadian tengah hari tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Tinggi, Mohd. Sarul Nizam Khirudin berkata, hujan pada pukul 12.30 tengah hari sehingga 2.30 petang itu turut menyebabkan sebuah tadika dan dewan di Kampung Jawa dinaiki air.

“Kawasan yang dinaiki air melibatkan 12 buah rumah di Kampung Jawa manakala di Taman Kota Mas melibatkan dua buah rumah yang terjejas.

“Bagaimanapun tidak melibatkan perpindahan mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS) dan tiada PPS yang dibuka.

“Keadaan air juga semakin surut namun cuaca masih mendung. Setakat ini ketinggian air di Kampung Jawa 0.3 meter hasil maklumat diterima dari Jabatan Pengairan dan Saliran,”katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI