fbpx

Tiga beranak nyaris rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
kebakaran yang berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, pagi tadi.

SHAH ALAM – Tiga beranak nyaris rentung apabila rumah teres dua tingkat didiami mereka terbakar dalam kejadian di Taman Seri Muda, Seksyen 25, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.36 pagi, J.Thanaletchumy, 35, dan anak lelakinya, M. Ruthrewaran, 6 serta bapa mentua, N.
Krishnarajah, 74, mengalami sesak nafas apabila terperangkap di tingkat bawah dan atas rumah itu.

Sementara, suami mangsa berjaya keluar menerusi tingkap bahagian dapur.

Turut musnah dalam kejadian itu ialah tiga buah kenderaan jenis Perodua Myvi, Perodua Kembara dan Proton Waja serta sebuah motosikal jenis Honda RS 150.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.38 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam tiba di lokasi kejadian kira-kira sembilan minit kemudian.

“Berdasarkan laporan awal kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat dan terbakar 70 peratus pada tingkat bawah.

“Dua mangsa iaitu wanita dan bapa mertuanya berada di bahagian bawah dan kanak-kanak itu yang berada di bilik tidur tingkat atas rumah berkenaan berjaya diselamatkan,” katanya di sini hari ini.

Tempoh operasi menyelamat mereka berjaya diselesaikan dalam tempoh kira-kira 20 minit dengan api berjaya dikawal pukul 5.24 pagi.

Jelas Norazam, kesemua mangsa yang mengalami sesak nafas telah diserahkan kepada pasukan perubatan dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk untuk rawatan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI