fbpx

Ribuan kambing terperangkap dalam kapal di Terusan Suez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPAL kargo dan kontena komersial berlabuh sementara menunggu untuk memasuki Terusan Suez di Ismailia, Mesir. -BLOOMBERG

KAHERAH – Kira-kira 10 kapal yang membawa haiwan tersangkut di Terusan Suez dan kawasan sekitarnya selepas laluan perjalanan pengangkutan itu disekat kapal kontena Ever Given, lapor akhbar Daily Mail, semalam.

Kapal kontena besar milik Panama itu tersadai sejak Selasa lalu dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas marin yang teruk di Terusan Suez.

Usaha menyelamat sedang dilakukan dengan kapal kargo bernilai jutaan dolar tidak dapat meneruskan pelayaran ke destinasinya dan melibatkan pembekal syarikat-syarikat besar seperti Ikea.

Data yang dikumpulkan agensi berita Bloomberg menunjukkan 10 kapal yang terkandas di terusan tersebut berkemungkinan membawa ternakan kambing biri-biri.

Keadaan itu boleh menimbulkan situasi serius kerana bekalan makanan dan air untuk haiwan ternakan hanya dapat bertahan sekurang-kurangnya seminggu.

Presiden Pengeksport Persatuan Ternakan Amerika Syarikat, Bob Bishop berkata, kapal biasanya menyimpan bekalan makanan tambahan untuk haiwan yang cukup sekurang-kurangnya untuk dua atau tiga hari.

Ketua Pegawai Polisi Kumpulan Kebajikan Haiwan, Compassion in World Farming, Peter Stevenson berkata, beliau tidak menjangka isu tersebut boleh mengundang masalah besar.

“Masa berjalan dan isu kapal tersekat ini menjadi semakin teruk serta tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif,” katanya.

Sebanyak 321 kapal tangki dan kapal kargo kini menunggu giliran untuk melintasi sekatan Terusan Suez yang sudah memasuki hari keenam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI