fbpx

Remy Ishak, bekas tunang, kembali terjalin?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REMY ISHAK dilihat meraikan hari jadi bekas tunangnya, baru-baru ini.

TERHARU pula Diva rasa dengan apa yang dilakukan oleh pelakon kacak Remy Ishak terhadap bekas tunangnya baru-baru ini.

Mana tidaknya, walaupun sudah tidak mempunyai ikatan rasmi, pelakon berkulit hitam manis itu tetap meraikan hari jadi bekas tunangnya, Ezza Yusof, dengan menganjurkan majlis hari jadi Ezza di sebuah restoran.

Menyaksikan video yang dikongsikan Ezza dalam Instagramnya, kelihatan meriah betul sambutan hari lahir yang dibuat oleh Remy untuknya.

Berdasarkan kapsyen yang ditulis Ezza pada video tersebut, dia turut mengucapkan terima kasih kepada Remy sebab dah belanja makan sempena hari jadinya.

Rasanya Remy bukan belanja Ezza seorang sahaja tau, belanja semua tetamu yang hadir dalam majlis tersebut.

“Terima kasih sudi belanja kami makan semalam @remyishak. Semoga Allah SWT kurniakan rezeki yang kukuh, berpanjangan dan berkat. Amin,” kata Ezza.

Apa yang bagusnya, kedua-dua mereka masih kelihatan sangat rapat.

Macam sesetengah pasangan lain, apabila dah putus cinta apatah lagi putus tunang, masing-masing akan bawa haluan sendiri, jauh sekali nak raikan hari jadi bekas kekasih, tunang atau isteri.

Peminat pula ramai betul yang mendoakan supaya jodoh kedua-dua dipanjangkan. Lucunya juga, ada juga peminat kecewa, katanya Remy dah nak kahwin! Eh ke situ pula.

Tapi kalau betul dikatakan jodoh, memang tidak ke mana pun. Sama-samalah kita doakan supaya cik abang Remy dipertemukan dengan zaujah yang solehah.

DIVA: Gembira apabila penyanyi Nabila Razali kata akan terus menyanyi walaupun teruk dikecam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI