fbpx

PKPD di tiga kawasan di Pasir Puteh, Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tiga kawasan di Mukim Semerak, Pasir Puteh, Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok sehingga 11 April depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan tersebut adalah Pusat Jagaan Rohaniah, Sekolah Integrasi Ikhwan dan Kampung Gong Kulim.

“Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak dengan sebanyak 25 kes positif Covid-19 telah direkodkan di lokaliti berkenaan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di lokaliti itu bermula esok sehingga 11 April depan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penghuni serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti.

Dalam kenyataan sama, beliau turut memaklumkan bahawa PKPD di Penjara Tapah, Batang Padang, Perak dilanjutkan sehingga 30 April depan.

Bagaimanapun katanya, PKPD di kuarters kakitangan penjara itu tidak dilanjutkan dan akan tamat seperti yang dijadualkan sebelum ini.

“KKM mengesahkan masih berlaku jangkitan yang melibatkan tahanan dengan 27 kes positif terakhir telah dilaporkan pada 25 Mac lalu.

“Walaubagaimanapun, peningkatan kes ini tidak melibatkan anggota serta ahli keluarga yang tinggal di kuarters kakitangan penjara tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, sehingga kini, KKM telah melaksanakan 3,787 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 834 kes positif Covid-19 telah direkodkan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI