fbpx

PKPD di Pulau Tioman ditamatkan kecuali Kampung Juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PKPD di Kampung Juara, Pulau Tioman dilanjutkan ekoran masih terdapat kes baharu direkodkan. - Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Pulau Tioman, Rompin, Pahang sebelum ini ditamatkan esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaubagaimanapun, pihaknya terpaksa melanjutkan PKPD di Kampung Juara yang terletak di pulau itu kerana masih terdapat kes baharu yang dikesan.

Katanya, sebanyak 32 kes positif telah dilaporkan setakat ini dan masih terdapat 32 baki sampel saringan sedang menunggu keputusan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Pulau Tioman, Rompin, Pahang esok seperti yang dijadualkan.

“Bagaimanapun, PKPD di Kampung Juara dilanjutkan sehingga 6 April depan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, beliau turut memaklumkan penamatan PKPD dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di dua kawasan di Sabah dan Sarawak bermula Selasa ini.

“PKP di Daerah Nabawan Sabah ditamatkan Selasa ini selepas KKM mengesahkan baki kes positif di daerah ini menunjukkan tren penurunan, kluster adalah terkawal dan hanya satu kes dilaporkan pada Jumaat lalu.

“PKPD di Kampung Bintawa Ulu dan Tengah, Kuching, Sarawak pula ditamatkan selepas kluster kedua-dua lokaliti itu terkawal dan kesemua kes positif telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC). Semua kontak rapat diasingkan dan dipantau sehingga hari ke-14,”ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI