fbpx

Perkahwinan selebriti, antara rahsia & terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA selebriti yang baru mengakhiri zaman bujang.

DALAM tempoh dua minggu kebelakangan ini, satu persatu pasangan selebriti ‘naik pelamin’ mendirikan rumah tangga secara sederhana sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan Februari lalu.

Antara nama-nama selebriti yang telah selamat bergelar suami isteri selepas PKP dilonggarkan adalah seperti pelakon Hanna Delisha, Ashira dan Bad Indigo, Risteena Munim dan Isa Khan, Noor Nabila dan Engku Emran, Elizabeth Tan, Ernie Zakri dan Syamel dan tidak ketinggalan, pasangan yang ditunggu-tunggu, Neelofa dan Haris Ismail.

Ada golongan artis berpendapat tiada apa yang perlu dirahsiakan tentang hari bahagia mereka.

ERNIE dan Syamel mengumumkan tarikh nikah mereka pada malam sebelum disatukan sebagai suami isteri.

Terbuka

Justeru, mereka tidak kisah menguar-uarkan tarikh sebenar majlis pernikahan atau perkahwinan mereka secara terbuka menerusi jemputan media mahupun pengumuman dalam sosial media. Misalnya penyanyi

Ashira dengan suaminya, Bad daripada kumpulan Indigo yang bernikah pada 11 Mac lalu.

Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz tidak terlalu menyembunyikan pernikahannya.

Malah, menjelang hari bakal diijabkabulkan, setiap hari pelantun lagu Di Ombak Resah itu membuat kiraan tarikh menghitung detik untuk kembali bergelar isteri orang.

Begitu juga dengan pernikahan pelakon Risteena Munir dengan Isa Khan. Selepas beberapa kali ditangguhkan, tanpa bersembunyi pasangan itu menghantar jemputan media seawal tiga hari sebelum tibanya detik 12 Mac lalu.

Lain padang lain belalang. Segelintir selebriti lain pula menganggap hari istimewa mereka sebagai detik paling eksklusif, harus disimpan ketat bahkan diadakan secara sembunyi.

Mereka ada alasan tersendiri untuk menyembunyikan status perkahwinan mereka walaupun pada akhirnya akan dikongsikan sendiri atau oleh anggota keluarga, hanya lambat atau cepat yang membezakan.

Pelakon Hannah Delisha misalnya membuat kejutan berkongsi foto kononnya selamat bernikah dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Imam Shah pada 18 Februari lalu.

HANYA seketika gosip cinta berlegar, Engku Emran dan Noor Nabila tiba-tiba terus bernikah pada 19 Mac lalu.

Sorok tarikh kahwin

“Akhirnya selepas lima tahun. Alhamdulillah, saya cintakan awak @imamemy disertai dengan tanda pagar #imampadahannah,” begitu tulis Hannah Adlina Blackburne dalam Instagramnya.

Tiada angin tiada ribut, rata-rata wartawan hiburan pun harus cergas mendapatkan kesahihan sebelum turut melaporkan berita.

Dengan rendah diri, Hannah kemudian memohon maaf pada semua peminatnya dan juga media kerana merahsiakan perkahwinannya yang disifatkan terlalu peribadi.

Episod perkahwinan Hannah tidak berakhir mudah apabila terpalit tanpa restu dan sudah setahun bergelar isteri orang.

Serupa tetapi tak sama, pernikahan Elizabeth Tan pula terbongkar apabila foto-foto perkahwinannya di sebuah gereja di Gombak, Selangor pada 21 Mac lalu dikongsikan sendiri oleh bapa kandungnya.

NIAT asal hendak mendedahkan status perkahwinan apabila tiba waktu yang sesuai, malangnya gambar kahwin Elizabeth terlebih dahulu tersebar dalam media sosial.

Alasan Elizabeth, perkahwinannya sesuatu yang bersifat peribadi dan dia mula berniat mendedahkan hal tersebut apabila tiba waktunya.

Sedar perkahwinannya terbongkar, Elizabeth kemudiannya tampil memohon maaf kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga lain, media dan rakan-rakan terdekat.

Perkahwinan oleh Noor Nabila dengan Engku Emran juga memberi kejutan besar apabila melangsungkan pernikahan secara rahsia pada 19 Mac lalu.

Biarpun ‘bocor’ beberapa persiapan dan suasana pada majlis tersebut, Nabila dan Engku Emran tetap ‘mengunci mulut’ sehinggalah mereka sah bergelar suami isteri.

Perkahwinan yang ditunggu ramai, Neelofa dan pasangannya, Haris Ismail juga begitu. Sejak berita mereka telah mengikat tali pertunangan tersebar, ramai yang tidak sabar menunggu tersergamnya pelamin cinta Neelofa dan Haris.

Namun, tidak mudah untuk mereka berdua bercakap tentang tarikh sebenar pernikahan yang berlangsung semalam.

Hanya sehari sebelum acara, barulah pihak pengurusan bekas pengacara MeleTOP itu membuka mulut.

Apa-apa pun, diucapkan tahniah kepada semua dan semoga mahligai yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI