fbpx

NS rekod satu angka kes harian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Negeri Sembilan (NS) hari ini berjaya mencatatkan penurunan kes harian Covid-19 hingga satu angka iaitu sembilan kes.

Selepas gelombang ketiga penularan Covid-19, negeri ini pernah mencatatkan bilangan kes harian tinggi termasuklah muncul sebagai negeri tertinggi kes harian sebanyak 541 kes melalui kluster Bakti pada 7 Disember tahun lalu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan, sehingga 12 tengah hari tadi terdapat sembilan kes baharu positif Covid-19 dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 17,179 kes.

“Daripada sembilan kes baharu, lapan daripadanya merupakan kes yang direkodkan di daerah Seremban antaranya satu kes bagi Kluster Industri Tekstil Nilai, dua kes saringan Kluster Jalan Perdana dan satu kes saringan Kluster Industri Permata.

“Satu lagi kes direkodkan di daerah Tampin melibatkan kes Kluster Industri Gunung Mas,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat 367 kes aktif mengikut definisi Program Pengurangan Risiko Daerah (Jumlah kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari terakhir).

Katanya, sehingga kini terdapat 25 kluster yang masih belum diisytiharkan tamat di negeri ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI