fbpx

Mayat mangsa terjun ke dalam Sungai Sarawak ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat mengusung mayat mangsa yang ditemui hari ini.

KUCHING – Mayat seorang lelaki yang terjun dari Jambatan Satok ke dalam Sungai Sarawak di sini Jumaat lalu telah ditemui hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mayat mangsa telah dijumpai pada pukul 8.42 pagi dengan anggaran jarak 300 meter dari lokasi mayat dilaporkan terjun.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu laporan hari ini.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Mohammad Amirul Syahlan Affendi, 27, telah dilaporkan terjun dari jambatan terbabit sekitar pukul 3 petang pada hari kejadian.

Menurut saksi, mangsa telah memberhentikan keretanya jenis Proton Wira di atas jambatan terbabit lalu bertindak memanjat pagar jambatan dan terjun ke dalam sungai.

Difahamkan mangsa cuba berenang namun hanyut sebelum tenggelam dalam 20 meter dari lokasi terjunannya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari ketiga telah diketuai oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan, Timbalan Penguasa Bomba II (TPgB II) Melvin Amuk dengan kekuatan satu Jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan satu bot penyelamat bersama 17 anggota bomba.

Turut terlibat adalah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI