fbpx

[VIDEO] Majlis pertunangan kecoh angkara rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah rumah hangus dijilat api, kira-kira satu jam sebelum majlis pertunangan hari ini.

BATU PAHAT – Kegembiraan sebuah keluarga mengadakan majlis pertunangan bertukar cemas apabila kediaman mereka musnah dijilat api dalam kebakaran di Kampung Parit Mustaffa Darat, Parit Sulong, Yong Peng di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, seorang lelaki berusia 54 tahun pengsan manakala seorang lagi berusia 32 mengalami kecederaan (luka) akibat terkena serpihan kaca.

Difahamkan, persiapan hari bersejarah tersebut dibuat bermula semalam dan majlis itu dijangka bermula kira-kira sejam sebelum kejadian kebakaran berlaku.

Beginilah keadaan rumah yang terbakar itu.

Menurut seorang saksi, Izzat Syafaat Ismail, 29, berkata, dia yang bertugas sebagai jurugambar terkejut apabila api marak dengan pantas dari bahagian dalam rumah ketika terdapat kira-kira 100 orang tetamu pada majlis itu.

“Keadaan kelam-kabut kerana masing masing ingin menyelamatkan barang-barang dalam rumah termasuk dokumen penting.

“Mujur tiada kemalangan jiwa melibatkan ahli keluarga dan tetamu yang hadir. Majlis pertunangan turut ditangguhkan ke waktu lain” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, kebakaran hampir 80 peratus berlaku di sebuah rumah jenis separuh kekal.

Dalam kejadian itu, sebuah motosikal turut musnah dijilat api.

“Seramai 22 orang anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, Penggaram dan Yong Peng dikejarkan ke tempat kejadian.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan serta operasi ditamatkan pada pukul 3.34 petang,” katanya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI