fbpx

Jepun had akreditasi di temasya Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERAJAAN Jepun memberi arahan supaya pengeluaran kad akreditasi untuk para tetamu dihadkan. – AFP

BASEL, Switzerland – Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memutuskan untuk mengehadkan pengeluaran kad akreditasi temasya Sukan Olimpik 2020 yang akan berlangsung di Tokyo, Jepun pada Julai depan buat individu yang terlibat dengan pe­ngurusan dan operasi sahaja.

Keputusan tersebut sekali gus memberi gambaran bahawa tiada tetamu khas (VIP) dari luar negara yang mungkin dijemput untuk menghadiri temasya sukan paling berprestij di dunia ekoran penularan pandemik Covid-19 ketika ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh IOC, keputusan itu dibuat atas arahan yang diberikan oleh kerajaan Jepun kerana tidak mahu ada individu yang tidak berkenaan sewenang-wenangnya hadir ke temasya Sukan Olimpik dan Sukan Para­limpik nanti.

“Saya harap keputusan untuk mengurangkan lagi kad akreditasi temasya Sukan Olimpik 2020 kali ini dapat dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak kerana ia adalah arahan daripada pihak penganjur tuan rumah.

“Justeru, pihak IOC bersetuju dengan permohonan Jepun dan kini kami akan meneliti setiap setiap permintaan kad akreditasi daripada seluruh negara yang bertanding dengan memberi peringatan awal bahawa tidak semua akan diluluskan,” katanya.

Sebagai rekod, pada pertengahan bulan ini, Jepun dan IOC sudah sepakat untuk mengharam­kan kehadiran penyokong luar negara untuk menyaksikan temasya Sukan Olimpik 2020 memandangkan situasi kes Covid-19 yang semakin meningkat sejak awal tahun ini.

Kini, Jepun difahamkan mahu jumlah barisan pegawai dan jurulatih yang hadir ke temasya Sukan Olimpik 2020 dikurangkan daripada 90,000 ke 30,000 termasuk atlet yang akan bertan­ding. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI