fbpx

Hanya 15 kapal ‘berani’ berlabuh secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kapal kargo yang masih berdegil bersauh di perairan Johor secara haram yang dikesan menerusi Operasi Khas Jangkar Haram yang dijalankan APMM semalam.

JOHOR BAHRU – Operasi Khas Jangkar Haram yang dijalankan Maritim Malaysia (APMM) mencatatkan keberkesanan tinggi apabila jumlah kapal yang bersauh secara haram berkurang dengan mendadak.

Pengarah APMM Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, sehingga semalam hanya tinggal 15 buah kapal yang masih dikesan di kawasan operasi.

Menurut beliau, jumlah itu sangat memberangsangkan berbanding jumlah asal sebelum operasi dijalankan iaitu 105 buah kapal.

“Operasi yang dijalankan hari ini akan menyaksikan kita meningkatkan usaha membanteras saki baki kapal yang masih degil berlabuh secara haram.

“Menerusi operasi ini, APMM Johor telah menahan 13 buah kapal yang berlabuh secara haram dan enggan beredar di sekitar Perairan Tompok Utara,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, empat daripada penahanan tersebut dilakukan semalam oleh kapal peronda APMM iaitu KM Tegas, KM Perwira dan KM Sibuan.

“Bagi mengelakkan isu berlabuh secara haram ini berulang, kerjasama erat perlu diperkukuhkan di antara APMM Johor dan Jabatan Laut Wilayah Selatan dari sudut pencegahan sebelum ke tahap penguatkuasaan.

“Kapal dagang yang ingin berlabuh di dalam perairan Malaysia perlu membuat permohonan dan mendapat kebenaran daripada Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia,” ujarnya.

Katanya lanjut, langkah penguatkuasaan adalah langkah akhir setelah langkah pencegahan dilakukan dengan lebih teratur seperti memupuk kesedaran dan kepatuhan undang-undang di kalangan pemain industri perkapalan.

Tambahnya, dikala cabaran penularan wabak Covid-19-19 masih membelenggu negara, semua pihak perlu berhati-hati
dalam mengekang berlakunya kontak rapat yang boleh menimbulkan kluster penularan baru. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI