fbpx

Dortmund beri tanda harga buat Haaland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND bersedia dilepaskan oleh Dortmund musim panas nanti sekiranya ada kelab yang mampu membayar nilai yang diletakkan. – AFP

DORTMUND – Borussia Dortmund akhirnya meletakkan tanda harga buat penyerang sensasinya, Erling Haaland yang dikaitkan dengan spekulasi perpindahan musim panas nanti.

Pasukan dari Bundesliga Jerman itu meletakkan nilai seba­nyak €180 juta (RM878.56 juta) untuk mana-mana pasukan yang berhasrat untuk mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Norway itu.

Haaland berjaya meledak 49 gol sejak berpindah dari RB Salzburg pada Januari tahun lalu dan musim ini dia berjaya meledak 32 gol dalam 31 penampilan terma­suk 10 gol pada saingan Liga Juara-Juara musim ini.

Ejen Haaland, Mino Riola mengesahkan bahawa 10 kelab menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat ­kliennya itu yang bersedia untuk ­meninggalkan Signal Iduna Park jika Dortmund gagal layak ke ­saiangan Liga Juara-Juara musim depan.

Dortmund mungkin terpaksa menjual Haaland pada musim panas ini kerana klausa pelepasan pemain yang termaktub di dalam kontraknya akan aktif pada musim panas 2022 yang mana nilainya lebih kecil berbanding harga yang diinginkan kelab itu ketika ini.

Sumber memberitahu, Chelsea sebelum ini percaya mereka mampu untuk mendapatkan khidmat Haaland pada musim panas nanti tetapi itu sebelum Dortmund mengeluarkan tanda harga buat pemainnya itu.

Selain itu, Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer juga sudah sekian lama berminat untuk membawa Haaland ke Old Trafford, namun laporan kewa­ngan terbaharu menyaksikan pendapatan kelab itu berkurang sehingga tujuh peratus menjadi £281.8 juta (RM1.61 bilion) manakala keuntungan mereka juga berkurang sehingga £33.6 (RM192.14 juta).

Presiden baharu Barcelona, Joan Laporta turut menjadikan Haaland sebagai sasaran utama tetapi beliau juga terpaksa berdepan realiti kelab itu ketika ini menanggung hutang seba­nyak RM5.37 bilion. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI