fbpx

6,045 pekebun kecil terpilih sertai Projek BTS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jeck Seng (kanan) menyatakan sesuatu kepada pekebun kecil kelapa sawit selepas perasmian projek berkenaan hari ini.

PONTIAN – Seramai 6,045 pekebun kecil dipilih bagi menyertai Projek Rintis Pemantauan dan Pelaporan Transaksi Buah Tandan Segar di Parlimen Tanjung Piai yang melibatkan kawasan seluas 11,954.21 hektar.

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata, program tersebut akan melibatkan penyertaan 33 peniaga buah sawit (DF) serta sebuah kilang sawit.

“Menerusi projek itu, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah menubuhkan tiga kelompok minyak sawit mampan (SPOC) iaitu SPOC J18, J19 dan J20 dalam usaha membantu pekebun kecil kelapa sawit persendirian.

“Pekebun kecil ini akan dipersijilkan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang kini berjumlah 27, 263 di seluruh negeri Johor dengan keluasan 69, 969.46 hektar termasuk 1,700 pekebun kecil di Tanjung Piai,” katanya ketika berucap.

Terdahulu, beliau merasmikan Projek Rintis Pemantauan dan Pelaporan Transaksi Buah Tanda Segar (BTS) di Kukup Golf Resort, di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Komoditi) Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mad Zaidi Mohd. Karli dan Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr. Ramle Moslim.

Tambah Jeck Seng, bagi menyokong perkembangan industri sawit negara, MPOB sedang membangunkan satu sistem secara dalam talian bagi tujuan pemantauan dan pelaporan urus niaga BTS dalam kalangan pekebun kecil persendirian

“MPOB sukar untuk menyediakan khidmat pengembangan yang cekap tanpa maklumat lengkap berkenaan hasil, kos pengeluaran serta keuntungan yang diperoleh oleh pekebun kecil persendirian,”ujarnya.

Ahli Parlimen Tanjung Piai itu berkata, data hasil merupakan salah satu kriteria penting di bawah Pensijilan MSPO dan pembangunan sistem ini berperanan untuk memperoleh Skim Pensijilan MSPO yang mana ia dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan telus. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI