fbpx

1,302 kes baharu, Sarawak tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,302 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 341,944 kes.

Ketua Pengarah kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Sarawak merekodkan kes tertinggi dengan 426 kes, diikuti Selangor (256 kes), Pulau Pinang (212 kes) dan Johor (176 kes).

“Kuala Lumpur merekodkan sebanyak 58 kes, Sabah (38 kes), Kelantan (34 kes), Pahang (32 kes) manakala Perak dan Kedah masing-masing melaporkan 23 kes hari ini.

“Negeri lain pula ialah Negeri Sembilan (sembilan kes), Labuan (enam kes), Melaka (lima kes) serta Terengganu dan Putrajaya masing-masing dua kes baharu dicatatkan,” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini.

Ujarnya lagi, tiada kes baharu dilaporkan di Perlis hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI