fbpx

107 individu ‘degil’ ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 107 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi operasi pematuhan di seluruh negara, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 89 individu dikompaun manakala 18 lagi direman.

Katanya, antara kesalahan yang direkodkan melibatkan aktiviti pusat hiburan (75); tiada penjarakan fizikal (24); gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (2) dan lain-lain (6).

“Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah membuat 52,287 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Ismail Sabri memaklumkan Op Benteng semalam berjaya menahan 28 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas 12 buah kenderaan darat.

Katanya, pihak berkuasa turut mengesan 80 buah bot dan kapal di perairan negara melalui empat aktiviti penglihatan.

“Seramai lima orang PATI turut diusir melalui satu aktiviti pengusiran,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI