fbpx

Seorang individu digantung MKT UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang individu yang tidak didedahkan namanya telah digantung oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini kerana melanggar perlembagaan parti.

Walau bagaimanapun, pergantungan yang dimaksudkan tidak jelas sama ada digantung keahlian mahupun digantung pemilihan parti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, surat tindakan telah dikeluarkan dan kepada individu tersebut selepas mesyuarat MKT UMNO malam ini.

“Beliau akan digantung keahlian mungkin selama enam tahun atau dua penggal, saya enggan memberitahu namanya. Elok la dia terima surat tersebut daripada dia dengar melalui media.

“Keputusan pergantungan tersebut sebulat suara telah dibuat oleh ahli lembaga disiplin MKT UMNO hari ini,” jelasnya selepas Mesyuarat MKT UMNO malam tadi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI