fbpx

Ricciardo percaya jentera MCL35M mampu mencabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICCIARDO mengakui tidak menyesal meninggalkan Renault untuk bersama McLaren musim ini dan optimis dengan peluang mereka musim ini. – AFP

SAKHIR – Pelumba pasukan McLaren, Daniel Ricciardo me­ngakui sudah tidak sabar untuk memulakan saingan musim Formula Satu (F1) pada perlumbaan Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Antarabangsa Bahrain esok.

Kata pelumba Australia itu, perlumbaan sulung musim ini mampu menjadi penanda aras buat pasukan tersebut untuk bersaing dalam kategori pengeluar.

Ricciardo juga mengakui dia semakin selesa memandu jentera MCL35M selain tidak menyesal meninggalkan Renault untuk menyertai McLaren musim ini.

“Saya sangat teruja menje­lang perlumbaan sulung musim ini. Saya sentiasa yakin pada diri sendiri tetapi perlu dibuktikan apabila masuk ke litar.

“Apa yang pasti perlumbaan minggu ini boleh menjadi penanda aras pertama kedudukan saya dan pasukan pada musim 2021. Walaupun ini pasukan baharu, namun saya sudah rasa bersedia sepenuhnya,” kata bekas pelumba Red Bull itu.

Penganalisis F1 sebelum ini menjangkakan McLaren akan mengekalkan tempat sebagai pasukan ketiga terbaik di belakang Mercedes dan Red Bull musim ini.

“Tidak ada sesuatu yang pasti dalam sukan ini kerana sentiasa berubah sehingga ke hujung musim. Saya yakin prestasi jentera akan bertambah baik dari semasa ke semasa dan memberikan kami kemenangan,” ujar Ricciardo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI