fbpx

PKPD di dua lokap tahanan PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Lokap Tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Setia Tropika di Johor Bahru, Johor bermula 28 Mac sehingga 10 April 2021.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan turut bersetuju mengenakan PKPD di Lokap Tahanan PATI Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru bagi tempoh sama.

Menurut beliau, keputusan itu diambil selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan berlaku peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak di dua lokasi tersebut.

“KKM telah melaksanakan ujian saringan ke atas 82 PATI di Kompleks KDN Setia Tropika dan daripada jumlah itu 39 orang didapati positif Covid-19.

“Manakala sehingga 25 Mac 2021, sebanyak 51 kes positif telah dilaporkan di Lokap Tahanan PATI Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Bangunan Sultan Iskandar, hasil saringan ke atas tahanan yang bergejala,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPD itu untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua tahanan, kakitangan serta kontak rapat untuk memastikan tiada jangkitan dalam komuniti.

Jelas beliau, SOP PKPD di pusat tahanan terbabit sama seperti yang diumumkan sebelum ini termasuk pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga tidak dibenarkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI