fbpx

Pernikahan Neelofa-Haris sohor kini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Neelofa dan Haris selamat bergelar suami isteri pagi tadi.

PETALING JAYA – Majlis pernikahan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, dengan pasangan Haris Ismail, 26, kini trending di media sosial hari ini.

Setakat pukul 1.30 petang, kisah tentang majlis perkahwinan tersebut yang berlangsung pagi ini telah mendapat lebih 44,000 ciapan di laman sosial Twitter.

Ciapan tentang majlis perkahwinan Neelofa dan Haris malah jauh mengatasi ciapan berkenaan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang juga diadakan hari ini.

Tangkap layar sohor kini di laman Twitter.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut dan mendoakan kebahagian dalam kehidupan mereka yang seterusnya.

Pasangan itu dinikahkah adik lelaki Neelofa, Mohd. Aqief Mohd. Noor kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Neelofa menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin daripada pihak lelaki, namun jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan kedua-dua belah mempelai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI