fbpx

Penghantar barang buat onar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal yang ditinggalkan suspek ketika melarikan diri selepas disyaki cuba meragut seorang lelaki dalam kejadian di Taman Teratai, Kangkar Pulai, Kulai, Johor.

JOHOR BAHRU – Seorang pekerja penghantar barang dicekup polis selepas cuba meragut seorang lelaki yang sedang berjalan kaki di tepi jalan besar Taman Teratai Kangkar Pulai, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam kejadian pada pukul 9 pagi, mangsa yang berusia 20 tahun didatangi suspek yang menunggang motosikal dari arah belakang.

Katanya, suspek bertindak menyambar telefon bimbit yang dipegang mangsa di tangan kanannya namun tidak berjaya.

“Menyedari tindakan suspek, mangsa cuba melawan dan berlaku pergelutan hingga menyebabkan mangsa mengalami luka di kedua-dua tangan dan lutut.

“Beberapa orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut telah memberi pertolongan kepada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dzulkhairi berkata, suspek yang memakai jaket dan helmet warna hitam mula panik dengan kehadiran orang ramai lalu melarikan diri dengan meninggalkan motosikalnya di tempat kejadian.

Beliau berkata, mangsa yang merupakan pekerja kedai telefon bimbit itu tidak mengalami sebarang kerugian telah membuat laporan di balai polis berhampiran.

“Gerakan mengesan suspek telah dijalankan, sepasukan polis daerah Iskandar Puteri telah berjaya menangkap suspek di sebuah tempat
mencuci kereta di kawasan Kangkar Pulai selepas setengah jam laporan dibuat.

“Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau atas kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Kes disiasat di bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI