fbpx

NS tulis surat kepada Melaka, perhalusi semula projek KLIP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN Harun turut sama mengutip sampah di Sungai Linggi sempena Majlis Perasmian Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Sembilan di Pengkalan Kempas, Port Dickson hari ini. - Foto oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.

PORT DICKSON – Kerajaan Negeri Sembilan telah menulis surat kepada Melaka untuk menilai semula pembinaan projek Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) yang bernilai RM15 bilion.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bagaimanapun, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah atau halangan berkenaan projek berkenaan kerana ia dilaksanakan di negeri Melaka.

“Bagi perkara terbaru kerajanan negeri telah menulis surat kepada kerajaan negeri Melaka supaya perkara ini diperhalusi semula apa juga perbincangan atau persetujuan sekiranya ia ditandatangani kelak.

“Bagaimanapun, kami tidak mempunyai sebarang masalah atau halangan cuma apa yang menjadi bantahan adalah mereka tidak ikut peraturan dan nelayan di negeri ini tidak diberi perhatian sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Sembilan di Jeti Memancing Pengkalan Kempas, Linggi dekat sini hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan Aminuddin berkata, kerajaan negeri hanya akan membantah pembinaan KLIP sekiranya ia didapati tidak mematuhi laporan Penilaian Impak Alam Sekeliling (EIA) Jabatan Alam Sekitar.

Tegas beliau, pihaknya tidak mahu projek berkenaan memberi kesan kepada Negeri Sembilan termasuk isu hakisan dan masalah kepada nelayan.

Susulan kenyataan tersebut, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali memberitahu, kerajaan negeri juga sedia untuk membatalkan projek itu sekiranya tidak mematuhi syarat pembangunan khususnya EIA.

Pengarah Projek Maritim Linggi Base Sdn Bhd (LBSB), Komander (B) Ramli Johari, pula dilaporkan berkata, pembinaak KLIP akan dimulakan antara April hingga Jun ini dengan fasa pertama membabitkan kerja menambak laut bagi membina pulau seluas 248 hektar iaitu 500 meter dari tanah besar dan dimulakan sebaik sahaja EIA diluluskan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Dalam pada itu, menurut Aminuddin, apabila kerajaan negeri bersetuju dalam isu sempadan antara kedua-dua buah negeri berkenaan isu pembinaan pelanbuhan tersebut, tentunya semua ketetapan oleh EIA perlu dipatuhi terlebih dahulu sebelum projek berkenaan dilaksanakan. – K ! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI