fbpx

Najib tidak mahu komen kenyataan Annuar Musa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib.

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak mahu memberi sebarang komen mengenai dakwaan Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 seperti sudah dirancang.

Ahli Parlimen Pekan itu, ketika ditemui tidak mahu memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

“Maaf saya tidak mahu beri sebarang kenyataan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang disempurnakan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Sementara itu, Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) terbabit mendakwa PAU 2020 sudah pun ditentukan dari awal termasuk senarai pembahas sehinggalah keputusan yang dicapai Majlis Tertinggi (MT) sebelum ini.

“Perwakilan hanya mendengar sahaja di bahagian masing-masing. Hanya orang yang dilantik presiden (Ahmad Zahid Hamidi) sahaja boleh bercakap.

“Usul MT untuk meluluskan ucapan dasar presiden hanya boleh dibahas ahli MT saja. Matlamatnya hanya satu, untuk semua ahli sebulat suara. Bermakna MT lebih tinggi daripada PAU walaupun perlembagaan parti menyatakan sebaliknya,” kata Annuar dalam kenyataan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI