fbpx

Kes baharu kekal melebihi 1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 1,199 kes postif Covid-19 dilaporkan hari ini

PUTRAJAYA – Negara masih merekodkan kes melebihi 1,000 dengan 1,199 kes hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 340,642 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 283 kes disumbangkan oleh negeri Selangor dan diikuti oleh Sarawak sebanyak 267 kes dan Kelantan sebanyak 138 kes.

“Seterusnya, Pulau Pinang (125 kes), Kuala Lumpur (84 kes), Johor (81 kes), Sabah (64 kes), Negeri Sembilan (43 kes), Melaka (36 kes), Kedah (33 kes) dan Pahang (30 kes).

“Negeri lain ialah Perak (sembilan kes), Terengganu (tiga kes), Labuan (dua kes) dan Putrajaya (satu kes),” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini.

Ujarnya lagi, negeri Perlis tidak merekodkan kes baharu hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI