fbpx

Kerusi UMNO kekal hak UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Hasan diiringi oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berjalan keluar selepas Perasmian Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Setiap kerusi yang dimenangi oleh UMNO dalam Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini adalah kekal milik UMNO.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, semua kerusi UMNO adalah milik parti itu dan tidak akan sesekali dilepaskan.

Katanya, UMNO tidak akan sesekali mengalah dan memperjudikan mana-mana kerusi parti itu pada PRU-15.

“UMNO tidak akan memperjudikan mana-mana kerusi yang telah menang. Kerusi UMNO adalah kerusi UMNO, dulu, kini dan selamanya.

“Ia bukan untuk dilepaskan demi memberi talian hayat kepada mana-mana pihak. Jangan ada yang cuba untuk mengilas tangan UMNO.

“Kita tidak akan mengalah. Kita tidak akan melatah. UMNO tidak akan terpedaya dengan retorik kepentingan ummah dan perpaduan Melayu yang dibuat-buat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat ketiga-tiga sayap parti sempena Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Selain itu, Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ketua Pemuda, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Wanita, Datuk Seri Noraini Ahmad dan Ketua Puteri, Datuk Zahida Zarik Khan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI