fbpx

Kedah belum mahu angkat bendera putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASLYDIA percaya peluang Kedah Sunshines masih ada sekiranya berjaya menewaskan Perak Phoenix pada perlawanan hari ini.

Oleh SITI NURHEZZATY MOHAMAD HAMDAN

KAPTEN Kedah Sunshine, Noor Maslydia Mashhor belum mengibarkan bendera putih dalam usaha melayakkan diri ke pentas separuh akhir Netball Super League (NSL) musim ini.

Bagaimanapun, peluang Kedah kini bergantung kepada pertemuan menentang Perak Phoenix di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur hari ini.

Bekas pemain ragbi kebangsaan berusia 35 tahun itu menganggap Kedah akan kembali bernafas jika menewaskan Perak de­ngan jumlah jaringan besar selepas terdahulu tewas 38-47 kepada lawan itu pada aksi pertama ming­gu lalu.

“Peluang kami dengan Perak masih terbuka tetapi perlu lihat juga kepada perbezaan jumlah jaringan gol antara kedua-dua pasukan. Perak ada kelebihan sebab menang lawan kami minggu lepas.

“Tiada cara lain selain menang dengan Perak esok (hari ini) dengan jaringan gol yang lebih besar. Kalau kalah, boleh dikatakan peluang kami sudah terkubur untuk mara ke separuh akhir,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Saingan minggu kedua kali ini menyaksikan skuad bimbi­ngan Huslina Hussain itu kembali diperkuatkan dengan kehadiran shooter pasukan kebangsaan, Izyan Syazana Mohd. Wazir dan attacker muda berusia 17 tahun, Nisha Adilla Md. Hadzir.

Sebagai rekod, Kedah hanya berupaya melakar satu kemenangan daripada tiga perlawanan Kumpulan A minggu lalu dengan menewaskan Melaka Mystic 53-40 selepas tewas kepada Perak sebelum dimalukan Kuala Lumpur (KL) Wildcats 29-86.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI