fbpx

KASA mahu ubah imej industri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim menanam pokok di denai Sungai Jenderam, Kampung Jenderam Hulu, Sepang sempena Program Denai Sungai Suruhanhaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), pagi ini. - Foto oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

SEPANG – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mahu pihak industri di seluruh negara untuk turut serta dalam Program Denai Sungai Kebangsaan pada masa akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pembabitan pihak industri itu penting bagi mengubah imej industri yang selama ini kerap dikaitkan dengan isu-isu pencemaran alam sekitar termasuk sungai.

Beliau berkata, pihaknya yakin usaha itu boleh dilakukan jika pihak industri dapat bersama-sama kementerian menjaga sumber air khususnya sungai.

“Kita mahu pihak industri turut menyumbang kepada kelestarian alam sekitar. Justeru, kita mahu mereka terbabit sama.

“Sebagai contoh, mereka (industri) boleh menjadikan anak sungai atau sungai sebagai ‘anak angkat’ untuk dijaga.

“Mereka boleh keluarkan bajet bagi penjagaan sungai, membina denai sungai dan meletakkan papan tanda syarikat sebagai tanda mereka terbabit dalam usaha menjaga sungai itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian Program Denai Sungai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di Sungai Jenderam, Kampung Jenderam Hulu, di sini hari ini.

Mengulas mengenai Jom Turun Sungai yang berlangsung serentak di 127 lokasi seluruh negara hari ini, Tuan Ibrahim berkata, program itu diharap dapat mengembalikan budaya gotong royong dalam kalangan masyarakat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI