fbpx

“Jangan tergesa-gesa bincang isu kerjasama dengan Bersatu,” – Shahidan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahidan berjalan keluar selepas Perasmian Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – “Tidak perlu tergesa-gesa untuk berbincang isu kerjasama dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),” kata Datuk Seri Shahidan Kassim.

Menurut Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis itu isu tersebut timbul setelah UMNO membuat keputusan untuk menamatkan kerjasama dengan parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

“Keputusan untuk tidak bersama parti lain hanya akan berlaku semasa pilihan raya nanti, dalam masa sekurang-kurangnya setahun lagi, mengapa perlu dibincangkan sekarang.

“Fokus kita kini sepatutnya kena bekerjasama, kerana kerajaan yang ada sekarang adalah diperintah Perikatan Nasional (PN) dimana UMNO adalah majoriti dalam kabinet,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang disempurnakan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Jelasnya lagi, UMNO Perlis tetap akan meneruskan kerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum nanti walaupun pucuk pimpinan membuat keputusan sebaliknya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI