fbpx

Enam individu terlibat aktiviti pengganas ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai enam individu ditahan menerusi beberapa siri serbuan yang dilakukan di ibu negara, Selangor, Perak dan Pulau Pinang selepas didapati terlibat dengan kumpulan pengganas Islamic State pada 6 dan 7 Januari tahun lalu.

Tiga daripada mereka yang ditahan merupakan individu yang sebelum ini dikesan mengeluarkan ancaman bunuh kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan beberapa menteri Kabinetnya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, operasi yang dilancarkan oleh Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu turut berjaya merampas dua helai bendera kumpulan Islamic State, sebilah parang dan sebilah pisau.

“Mereka yang ditahan merupakan lima warga tempatan serta seorang rakyat Indonesia dan kesemua mereka adalah anggota Anshorullah At Tauhid, sel Islamic State yang ditubuhkan pada Oktober tahun lalu bertujuan mempromosikan ideologi Salafi Jihadi, merekrut anggota baharu dan melancarkan serangan di Malaysia.

“Siasatan PDRM mendapati tiga daripada mereka yang ditahan telah mengeluarkan ancaman bunuh kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan beberapa menteri Kabinetnya kerana mengamalkan kerajaan taghut,” katanya menerusi satu kenyataan lewat malam tadi.

Menurut Abdul Hamid, kumpulan berkenaan juga didapati turut merancang untuk melancarkan serangan ke atas pusat perjudian di Genting Highlands, Pahang dan kilang arak di sekitar Lembah Klang.

“Ancaman-ancaman itu merupakan hasrat yang sering dikeluarkan oleh hampir kesemua suspek pengganas dan kumpulan pro-Daesh yang ditangkap oleh Cawangan Khas bagaimanapun hasil siasatan menunjukkan tiada sebarang perancangan atau persediaan dibuat oleh mereka untuk melaksanakan ugutan tersebut.

“Tiga individu iaitu dua rakyat tempatan dan seorang rakyat Indonesia yang mengeluarkan ancaman tersebut telah didakwa di bawah Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan iaitu mempunyai milik, jagaan atau kawalan bahan yang berkaitan dengan kumpulan pengganas atau perbuatan pengganas telah dijatuhi hukuman penjara,” tegas beliau.

Tambah Abdul Hamid, tiga yang lain pula telah dibebaskan di atas arahan Timbalan Pendakwa Raya. – K ! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI