Susunan MUHAMMAD HELMEE RAMLI
PEMINAT-PEMINAT sukan permotoran terutamanya Formula Satu (F1) pastinya sudah tidak sabar menunggu saingan musim baharu kejuaraan dunia yang dijadualkan bermula esok.
Selain perlumbaan sengit antara pelumba-pelumba terbaik dunia, ‘livery’ setiap jentera juga antara yang sentiasa dinantikan oleh semua peminat setiap tahun.
Sebahagian besar peminat menganggap ‘livery’ yang menarik mampu menjadi penambah seri terhadap perlumbaan paling berprestij serta termahal dunia itu.
Justeru, Kosmo! kali ini menyediakan beberapa info penting setiap pasukan musim ini buat peminat-peminat di luar sana seperti senarai pelumba serta ‘livery’ jentera.
NAMA PASUKAN: Alfa Romeo
ENJIN: Ferrari
KETUA PASUKAN: Frederic Vasseur
PEMANDU: Kimi Raikkonen & Antonio Giovinazzi
PENCAPAIAN MUSIM LEPAS: Tempat kelapan
NAMA PASUKAN: Aston Martin (sebelum ini dikenali sebagai Racing Point)
ENJIN: Mercedes
KETUA PASUKAN: Otmar Szafnauer
PEMANDU: Sebastian Vettel & Lance Stroll
PENCAPAIAN MUSIM LEPAS: Tempat keempat
NAMA PASUKAN: Alpine (sebelum ini dikenali sebagai Renault)
ENJIN: Renault
KETUA PASUKAN: Belum diumumkan
PEMANDU: Fernando Alonso & Esteban Ocon
PENCAPAIAN MUSIM LEPAS: Tempat kelima
NAMA PASUKAN: AphaTauri
ENJIN: Honda
KETUA PASUKAN: Franz Tost
PEMANDU: Pierre Gasly & Yuki Tsunoda
PENCAPAIAN MUSIM LEPAS: Tempat ketujuh
NAMA PASUKAN: Ferrari
ENJIN: Ferrari
KETUA PASUKAN: Mattia Binotto
PEMANDU: Charles Leclerc & Carlos Sainz
PENCAPAIAN MUSIM LEPAS: Tempat keenam
NAMA PASUKAN: Haas
ENJIN: Ferrari
KETUA PASUKAN: Guenther Steiner
PEMANDU: Mick Schumacher & Nikita Mazepin
PENCAPAIAN MUSIM LEPAS: Tempat kesembilan
NAMA PASUKAN: McLaren
ENJIN: Mercedes
KETUA PASUKAN: Andreas Seidl
PEMANDU: Daniel Ricciardo & Lando Norris
PENCAPAIAN MUSIM LEPAS: Tempat ketiga
NAMA PASUKAN: Mercedes
ENJIN: Mercedes
KETUA PASUKAN: Toto Wolff
PEMANDU: Lewis Hamilton & Valtteri Bottas
PENCAPAIAN MUSIM LEPAS: Juara
NAMA PASUKAN: Red Bull
ENJIN: Honda
KETUA PASUKAN: Christian Horner
PEMANDU: Max Verstappen & Sergio Perez
PENCAPAIAN MUSIM LEPAS: Naib juara
NAMA PASUKAN: Williams
ENJIN: Mercedes
KETUA PASUKAN: Simon Roberts
PEMANDU: George Russell & Nicholas Latifi
PENCAPAIAN MUSIM LEPAS: Tempat ke-10