fbpx

Cabaran pasukan seragam biru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
ATIKAH DALI, PENGARANG BERITA

Pada Khamis lalu berlangsung Hari Polis Ke-214 yang disambut di seluruh negara dalam suasana norma baharu berikutan pandemik Covid-19 yang masih melanda negara ketika ini.

Hari memperingati polis disambut tanggal 25 Mac setiap tahun dan mengekalkan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Polis dan masyarakat ini begitu dekat sekali seperti lirik lagu Polis Sedia Berkhidmat yang menyentuh mengenai kesediaan pasukan itu berbakti kepada orang ramai dan negara.

Jika diimbau, dalam tempoh setahun ini, banyak kejayaan besar telah dikecapi oleh pasukan keselamatan ini sehingga tidak dapat dihitung dengan jari.

Kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket, membuat rampasan dadah sehingga mencecah ratusan juta ringgit di seluruh negara didedahkan kepada umum.

Tidak kurang itu, banyak penjenayah ditangkap. Kes bunuh yang mendapat perhatian masyarakat dapat diselesaikan dan dituduh di mahkamah dalam masa singkat.

Menyoroti kejayaan PDRM, buat pertama kalinya juga mereka yang melakukan pencemaran sungai ditahan dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Itu bukti keseriusan pihak berkuasa tersebut mengambil tindakan ke atas pencemar alam sekitar lebih-lebih lagi di Selangor yang kerap menghadapi masalah terputus bekalan air.

Itu secebis kisah kejayaan, namun tidak kurang juga ada juga yang dikecam dan dimaki walaupun bukan pasti lagi salah sendiri.

Bertugas di lapangan dan berdamping dengan orang ramai meletakkan pasukan beruniform ini perlu sentiasa berjaga-jaga bukan sahaja dengan musuh, tetapi dengan sesiapa sahaja.

Silap langkah, tingkah laku dan wajah mereka akan menjadi tular dalam media sosial. Ini cabaran baharu buat pasukan berseragam biru.

Yang paling tidak enak didengar apabila ada anggota dan pegawai yang menyarung seragam ini membuat onar bersekongkol dengan penjenayah akhirnya nama pasukan menjadi busuk.

Pegawai kanan beri keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung pembabitan dalam sindiket judi online dan tipu, pegawai melepaskan suspek Macau Scam dan

Inspektor jual dadah rampasan antara yang menyesakkan dada.

Oleh sebab itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador selalu menekankan mengenai aspek integriti, amanah, jujur, rajin dan berhemah semasa menjalankan tugas.

Semuanya dengan niat dan objektif yang satu untuk mendidik dan melahirkan pegawai yang disegani serta dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Apabila anggota dan pegawai bersih, imej pasukan dipandang tinggi.

Ingatlah ketua datang dan pergi bersilih ganti. Nama baik PDRM yang perlu dijaga rapi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI