fbpx

Alas perut dengan ikan dipancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Hafizrul Hisyam Zakaria, 29, (kanan) dan adiknya Muhamad Hazim Luqman mencium ibu mereka, Noryati Othman di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini semalam.

KEMAMAN – Enam pemancing yang hilang di tengah laut selama lebih 96 jam bergantung kepada hasil laut untuk mengalas perut selepas kehabisan bekalan makanan.

Salah seorang mangsa, Muhammad Hazim Luqman Zakaria, 19, berkata, mereka hanya makan ikan yang dipancing tanpa nasi berikutan kehabisan beras yang dibawa mereka pada hari ketiga.

“Kami hanya bawa roti dan air untuk bekalan dua hari. Tak sangka jadi begini dan bekalan makanan kami habis pada hari kedua.

“Setiap kali nak makan, kami terpaksa memancing ikan dan masak ikan tersebut menggunakan peralatan yang ada dalam bot. Bukan sahaja air, malah kami juga terpaksa mencatu bekalan air untuk minum,” katanya ketika ditemui sebaik tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini semalam.

Kesemua enam pemancing tersebhr tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman kira-kira pukul 6.30 petang sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing.

Bercerita lanjut, Muhammad Hazim Luqman memberitahu, bot yang dinaiki mereka rosak selepas empat jam perjalanan iaitu kira-kira 10 batu nautika dari Kuala Kemaman.

“Kami bertolak pukul 4 petang, belum sampai lagi di lokasi memancing, bot kami tiba-tiba rosak berikutan kipas tercabut menyebabkan bot tidak dapat bergerak,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa Rosidi Mohamad, 29 yang bertindak sebagai pembantu tekong bot tersebut berkata, tambah merisaukan mereka , bukan hanya bot yang tidak bergerak berikutan kipas tercabut, malah bot tersebut turut bocor menyebabkan mereka tidak boleh mematikan enjin bot bagi menyedut air keluar.

“Bila tahu kipas jatuh, saya terus
menjatuhkan sauh bot pada malam tersebut. Esoknya (Selasa) baru saya menaikkan sauh bagi membolehkan bot hanyut dengan harapan supaya kami dapat bertemu nelayan lain.

“Minyak untuk enjin hanya bertahan sampai hari ini (semalam) sahaja. Sebab kalau enjin bot dimatikan, memang bot kami dimasuki air dan karam,” katanya yang bersyukur dapat bertemu keluarganya.

Rosidi berkata, ribut yang melanda dan ombak besar menjadi kekangan untuk mereka mendapat pertolongan daripada bot nelayan yang melalui kawasan tersebut.

“Kami nampak ada dua bot nelayan. Kami cuba melambai dengan menggunakan jaket keselamatan dan lampu suluh namun hujan lebat dan berkabus menyebabkan mereka tidak nampak bot kami,” katanya.

Menurut Rosidi, bot mereka pada awalnya ditemui sebuah bot nelayan petang kelmarin yang kebetulan lalu di kawasan tersebut.

“Nelayan tersebut baru turun ke laut semalam (kelmarin) dan mereka beri kami makanan dan air.

” Nelayan tersebut juga minta supaya kami tunggu dahulu di tengah laut sebelum mereka minta bot yang lain tunda kami pagi tadi (semalam),”katanya.

Rosidi berkata, dia dan rakan-rakan cuba membuat panggilan kecemasan dan menghubungi keluarga masing-masing untuk mendapatkan bantuan namun semuanya sia-sia apabila ketiadaan litupan telekomunikasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI