fbpx

47 kontraktor dituduh di mahkamah dari 2018 sehingga 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TAWAU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah memaklumkan seramai 47 kontraktor membabitkan syarikat kontraktor kelas F dan G menawarkan kerja pembekalan, perkhidmatan dan penyelenggaraan di Sabah dituduh di mahkamah bagi tempoh 2018 sehingga 2020.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy berkata, sebanyak 106 pertuduhan dibacakan serta 23 daripada 47 kontraktor ini mengaku salah dan disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memberi rasuah untuk memperoleh kontrak dan mengemukakan tuntutan palsu serta menggunakan surat pemalsuan sebagai tulen.

“Kes rasuah membabitkan kontraktor yang berlaku di negeri ini agak tinggi dan membimbangkan.

“Kebanyakkanya berkaitan kerja-kerja pembekalan, perkhidmatan dan penyelenggaraan di seluruh negeri,” katanya ketika ditemui selepas Forum Antirasuah Peranan Kontraktor Dalam Memerangi Rasuah hari ini.

Dalam pada itu, Karunanithy memaklumkan pihak SPRM sentiasa menerima maklumat rasuah yang dilakukan kontraktor dalam usaha mendapatkan kerja-kerja perolehan kontrak daripada agensi kerajaan di negeri terbabit.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan semua kontraktor agar mematuhi peraturan yang ditetapkan dan tidak mengambil mudah perkara membabitkan rasuah kerana isu memalsukan dokumen cukup mudah untuk dikesan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI