fbpx

Servis Ria Money Transfer di Pos Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerjasama Ria Money Transfer dan Pos Malaysia memudahkan proses kiriman wang antarabangsa.

KUALA LUMPUR – Peneraju global bagi industri kiriman wang rentas sempadan yang juga anak syarikat Euronet Inc., Ria Money Transfer serta pengendali perkhidmatan pos dan kurier dengan rangkaian penghantaran dan lokasi terbesar di Malaysia, Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mengumumkan kerjasama baharu bagi servis kiriman dan pembayaran wang antarabangsa.

Melalui kerjasama ini, pelanggan Pos Malaysia dan Ria Money Transfer boleh melakukan transaksi melalui aplikasi terkemuka Ria dan melengkapkan proses dengan membuat pembayaran tunai di mana-mana cawangan Pos Malaysia tanpa mengisi borang fizikal, seterusnya mempercepatkan proses transaksi di kaunter. 

Kemudahan itu memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan, khususnya komuniti migran di Malaysia selain menjadikan proses kiriman wang antarabangsa lebih mudah dan berekonomi.

Pelanggan juga boleh menikmati pemudahcaraan proses pembayaran secara digital dan akses untuk kadar tukaran secara langsung di mana sahaja secara langsung menerusi aplikasi Ria.

Malaysia adalah salah satu negara dengan jumlah kiriman wang tertinggi ke Indonesia dan kerjasama baharu itu melengkapi gandingan Ria dan Pos Indonesia yang diumumkan baru-baru ini, seterusnya mencerminkan komitmen syarikat itu kepada komuniti di rantau ini selain sokongan ditawarkan Ria Money Transfer untuk semua organisasi rakan kongsinya dengan menggalakkan kemudahan servis kiriman wang serta membuka peluang untuk menambah nilai kemudahan tersebut.

Rozaidi

Bagi Pos Malaysia, kerjasama dengan Ria Money Transfer adalah satu langkah ke hadapan dalam usaha transformasi untuk memodenkan segmen penjualan Pos Malaysia melalui digitalisasi, sekaligus mengoptimumkan kecekapan dan meningkatan khidmat pelanggan bagi servis di kaunter. 

Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Pos, Pos Malaysia, Mohamed Rozaidi Md. Sharif berkata, Ria Money Transfer membantu pihaknya mempermudah dan meningkatkan kecekapan servis kiriman wang antarabangsa.

“Ia menyediakan lebih nilai kepada pelanggan kami, dengan platform Ria Money Transfer menawarkan kebolehcapaian yang baik kepada pelanggan dan hal ini disokong rangkaian pejabat dan titik sentuhan Pos Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Kiriman Euronet, Juan Bianchi menjelaskan, pelancaran kemudahan kiriman wang mudah alih itu akan memberikan servis yang cepat, selamat, berdaya saing dan pengalaman pengguna yang diperkemaskan.

“Ia membuktikan kemampuan berterusan kami untuk berdepan dengan cabaran yang sedang dihadapi dunia pada masa ini dan menyampaikan objektif strategik digital bertaraf antarabangsa yang memberikan peluang pertumbuhan pesat bagi Ria pada masa hadapan.

“Dengan menggandakan jangkauan kami di Malaysia dan meningkatkan pengiktirafan serta kepercayaan pelanggan, ekuiti sederhana kecil, bank dan pihak penjual, kerjasama ini adalah bukti keutuhan strategi pos kami dan pertumbuhan pesat syarikat di rantau ini melalui pengembangan kemampuan digital,” tambahnya. 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI