fbpx

Sasaran 10,000 usahawan pelajar menerusi program KPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANSOR Othman (kanan) bersama Mohamed Ridza Wahiddin (kiri) menaiki bas ketika lawatan kerja di USIM, Nilai, hari ini.-FOTO : MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.

SEREMBAN – Kementerian Pengajian Tinggi menyasar melahirkan seramai 10,000 usahawan dalam kalangan pelajar di universiti awam, politeknik dan kolej komuniti di seluruh negara.

Sasaran itu menerusi peruntukan sebanyak RM20 juta bagi pelaksanaan Program KPT-Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) Nasional pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Mansor Othman berkata, peruntukan itu antara usaha pihak kementerian bagi memastikan penuntut universiti tidak hanya bergantung kepada peluang pekerjaan sedia ada.

“Kementerian memfokuskan kebolehpasaran graduan. Kami mengambil contoh program keusahawan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang boleh digunapakai oleh universiti lain di seluruh negara.

“Kami ada mewujudkan program keusahawanan penyelidikan dan baru-baru ini sebanyak RM20 juta diperuntukkan daripada Tekun Nasional untuk disalurkan kepada universiti,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke USIM, Nilai, dekat sini hari ini.

Menurut Mansor lagi, menerusi peruntukan sebanyak RM20 juta, usahawan dalam kalangan mahasiswa itu akan mendapat pembiayaan sebanyak RM5,000. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI