fbpx

Sambutan istimewa buat Zii Jia di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi Md. Nor

KEJAYAAN Lee Zii Jia merangkul kejuaraan All England pada Ahad lalu bakal diraikan oleh Kerajaan Negeri Kedah yang merancang mengadakan sambutan serta anugerah khas selain memberikan insentif kepada jaguh perseorangan lelaki itu.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, sambutan tersebut adalah sebagai tanda penghargaan terhadap anak muda berusia 22 tahun itu yang telah menjadi kebanggaan kepada negeri dan negara.

Katanya, majlis itu dirancang untuk diadakan selepas Zii Jia selesai menjalani kuarantin wajib selama tujuh hari sebaik tiba ke tanah air kelmarin.

“Apabila Zii Jia selesai menjalani kuarantin nanti , kita akan urusan hal sambutan itu. Setakat ini sambutan atau anugerah khas itu masih dirahsiakan lagi.

“Harap semua pihak bersabar. Insya-Allah, akan ada insentif juga untuk Zii Jia,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, Alor Setar semalam .

Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri amat berbangga dengan pencapaian Zii Jia serta menganggap pemain itu sebagai contoh kepada anak Kedah lain.

“Zii Jia memiliki tahap disiplin sangat tinggi dalam latihan dan kejohanan. Saya fikir, faktor kekeluargaan memainkan peranan penting terhadap kejayaannya kerana dia menerima sokongan cukup kuat daripada keluarga, ibu, ayah dan kakaknya.

“Saya berharap apa yang dilakukan keluarga ini akan turut dicontohi keluarga lain. Jika anak-anak memiliki sebarang kebolehan dalam apa jua bidang, teruslah menyokong mereka untuk lebih cemerlang dalam bidang tersebut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI