fbpx

Pemandu jengkaut maut tertimbus tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Firdaus maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Ulu Tawar, Malau pada petang tadi.

BALING – Seorang lelaki maut akibat tertimbus tanah runtuh dalam kejadian di belakang sebuah rumah di Kampung Ulu Tawar, Malau di sini hari ini.

Mangsa, Muhammad Firdaus Adnan, 20, ditemui sudah tidak bernyawa kira-kira pukul 5.10 petang.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat memberitahu, siasatan awal mendapati sebelum kejadian mangsa yang bekerja sebagai pemandu jengkaut mengorek tebing tanah di kawasan tersebut kira-kira pukul 4 petang.

“Semasa membuat kerja-kerja itu seorang diri, mangsa dipercayai telah turun dari jengkaut untuk membuang air kecil.

“Tanah tebing yang dikorek tersebut bagaimanapun runtuh dan menghempap mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, akibat daripada kejadian itu, mangsa tercampak ke arah jengkaut.

“Kita dapati terdapat kesan luka pada mayat mangsa,” ujarnya.

Menurutnya, tiada sebarang unsur jenayah ditemui di tempat kejadian.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat.

“Kes diklasfikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI